Ibu yang Bijaksana

Semua anak Allahyarhamah Yoyoh Yusro pandai berdikari
Seorang anak bertanya kepada ibunya:

" mama kawan saya  membiarkan nyamuk menggigit tangannya sampai kenyang supaya tidak menggigit anaknya. Apakah mami  juga lakukan hal yang sama?"

Ibunya  ketawa "Tidak. Tapi mami  akan mengejar setiap nyamuk sepanjang malam, supaya tidak sempat menggigit sesiapapun"

"Oh begitu ya. Saya ada  baca  kisah  seorang ibu yang rela tidak makan supaya anak-anaknya dapat  makan hingga kenyang. Akankah mami akan  lakukan hal yang sama?", si anak kembali bertanya.

Dengan tegas ibunya menjawab " mami  akan bekerja keras agar kita semua dapat  makan kenyang, dan kamu  akan selesa  menelannya  kerana melihat ibumu juga kenyang dan tidak menahan lapar".

Si anak tersenyum...

"Aku akan  selalu bergantung  hidup  kepadamu  mami ".

Sambil memeluk anaknya  si ibu berkata "Tidak sayang!. Tapi  mami  akan mengajarmu berdiri kukuh di atas kakimu sendiri dengan izin Allah swt, agar kau tidak harus jatuh tersungkur ketika suatu  masa  nanti  mami  harus pergi meninggalkanmu".

Moral Story:

"Seorang Ibu yang bijaksana  bukan hanya menjadikan dirinya tempat bergantung  hidup anak-anak, tetapi juga mampu  membuat pergantungan makhluk  tersebut tidak lagi diperlukan, sebaliknya  bergantung  kepada Allah SWT sepenuhnya"~  Segala-galanya  bermula dengan ilmu, iman dan amal seikhlasnya kerana Allah swt semata-mata.
 
Oleh:
Teacher ibu

No comments:

Post a Comment