Panjangkan Sumbangan Almarhum Dr Abd Karim Zaidan



Sempena  Cuti  tahun  baru Cina, kami  bekalkan dalam blog  ini kepada ibu bapa agar  dapat sebut selalu nama  Allah. Sama-sama kita tingkatkan   ilmu  untuk mendidik  anak-anak kenal Allah.  Berikut  adalah pengisian  ilmu  yang bermanfaat  daripada  ulama' terbilang iaitu  almarhum Dr Abd Karim Zaidan..Memanjangkan amal jariah dan umur iman beliau yang telah banyak berjasa kepada  umat Islam sedunia  memahami  Islam..



Tauhid 

Oleh: Al marhum  Ustadz Dr. Abdul Karim Zaidan

Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sesembahan yang benar dan berhak disembah adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata. Selain dari-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi bersumpah dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid  Uluhiyyah

Tauhid ar-Rububiyyah berarti beri’tiqad bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekalian alam. 

Tauhid al-Uluhiyyah pula berarti membuat Allah Subhanahu Wa Ta’ala saja sebagai sembahan yang selalu dipatuhi.

Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah
Antara pengertian kalimat Rabb (رب) adalah Tuan, pemiliki, Pencipta, Penguasa, Pendidik, Pengasuh, Penjaga dan Otoritas.

Allah bersifat Mutlak
Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. 
Segala sesuatu di alam ini milik Allah. 
Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). 
Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekalian alam) dan memiliki segala sifat kesempurnaan. 
Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Manusia, jika dia cerdik, cerdas dan pandai, maka semuanya itu datang dari Allah. 
Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang dari Allah.
Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Mereka  tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang dari Allah.

Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. 
Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudharat. 
Jika Allah ingin memberikan manfaat dan keuntungan kepada seseorang, tiada siapa mampu mencegah atau menolaknya. Jika Allah ingin memberikan mudharat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tidak ada yang boleh  menghalangi atau mencegahnya.
Jadi hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
وإن يمسسك الله بضر فلا كاشف له إلا هو وإن يمسسك بخير فهو على كل شيء قدير
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu. “(Surah Al-An’am: 17)

Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan  tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

Manusia fakir

Manusia di dunia ini bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya amat memerlukan pertolongan Allah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Hadits Al-Qudsi:
"Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Kerana itu mintalah hidayah dari-Ku.
Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, maka mintalah rezeki dari-Ku.
Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Jadi mohonlah pakaian dari-Ku."

Sifat fakir dan sifat Kaya

Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah. Jadi semua makhluk bersifat fakir.
Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan selalu berbaik sangka terhadap Allah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
يا أيها الناس أنتم الفقراء إلى الله والله هو الغني الحميد
"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. “  (Surah Fathir: 15)
Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta).

Dalil-Dalil Tauhid ar-Rububiyyah

Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dalam hal Rububiyyah. 
Di antaranya:

1. Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal sehat akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

2. Semua benda di alam ini, dari sekecil-kecilnya sampai sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.

3. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal sehat akan mengatakan bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Kuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal sehat akan menyatakan bahawa sesuatu itu akan  terjadi dengan sendiri.
Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja pada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.

Ada seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. 
Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana.

Fitrah manusia mengakui Rububiyyah Allah

Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu hal yang dapat diterima. Fakta ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

ولئن سألتهم من خلقهم ليقولن الله فأنى يؤفكون
"Dan jika kamu menanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari menyembah Allah? "  (Surah Az-Zukhruf: 87)

ولئن سألتهم من خلق السماوات والأرض ليقولن خلقهن العزيز العليم
"Dan jika kamu menanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui"  (Surah Az-Zukhruf: 9)

Tidaklah susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia
Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusia memang telah memiliki rasa ingin mengakui Allah Rabb al-’Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

قالت رسلهم أفي الله شك فاطر السماوات والأرض يدعوكم ليغفر لكم من ذنوبكم ويؤخركم إلى أجل مسمى قالوا إن أنتم إلا بشر مثلنا تريدون أن تصدونا عما كان يعبد آباؤنا فأتونا بسلطان مبين
"Mengatakan rasul-rasul mereka: "Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkan (siksaan) mu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk mencegah kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, kerana itu datangkanlah kepada kami bukti yang nyata" (Surah Ibrahim: 10)

وجحدوا بها واستيقنتها أنفسهم ظلما وعلوا فانظر كيف كان عاقبة المفسدين
"Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran) nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan mereka yang berbuat kebinasaan“(Surah An-Naml: 14)
Penolakan dan default sebagian manusia untuk mengakui keberadaan Allah sebagai al-Khaliq (Sang Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan sombong, keras kepala (‘inad) dan keras hati. Faktanya, fitrah manusia tidak dapat kosong dari memiliki perasaan mendalam yang mengakui keberadaan al-Khaliq.
Jika fitrah manusia bersih dari sombong, keras kepala, keras hati dan selaput-selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan apapun pilihan. Langsung lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongan dari-Nya.

Telatah manusia, ketika berada di saat-saat genting, tidak akan terfikirkan dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah saja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. 

Benarlah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
وإذا غشيهم موج كالظلل دعوا الله مخلصين له الدين فلما نجاهم إلى البر فمنهم مقتصد وما يجحد بآياتنا إلا كل ختار كفور
"Dan ketika mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian dari mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang yang tidak setia lagi ingkar" (Surah Luqman: 32)

Sesungguhnya permasalahan mengenai keberadaan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata. Keberadaan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan beragam.

Ins sha Allah  akan bersambung  Tauhid al-Uluhiyyah
Sumber: Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da’wah.

No comments:

Post a Comment