Tips Mendidik Hati Bersangka Baik

Semua  manusia  memiliki  hati. Ada 3 jenis  hati  yang menjadi raja dalam kerajaan badan kita;
1. Hati  yang sihat (bersih  dari syirik)
2. Hati yang sakit (bercampur aduk dengan kekotoran)
3. Hati yang mati ( sombong  dan tidak mahu mengenal Allah).


Ertinya :
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman :
 "Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. 
(Hadits ditakhrij oleh Tarmidzi).

Artinya :
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku  akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Tarmidzi).
Keadaan  hati manusia  bergantung kepada  sejauh mana  usaha pembersihan atau tazkiyyah (penyucian) dijalankan. Cara  menyucikan  hati  banyak bergantung  kepada  pertolongan Allah.. Pertolongan  Allah  amat dekat dengan mereka  yang berusaha  mencapai ciri  berikut:
1. Bertaubat  dan beristighfar selalu
2. Luruskan niat  sentiasa  Ikhlas melakukan sesuatu kerana  Allah. Mohon Allah sentiasa  perbaiki  kualiti  hati dan tetapkan hatinya di atas Islam.
3. Zikrullah (bertasbeh, bertahmid, bertakbir, baca Qur'an, berselawat dan sentiasa  berdoa) mohon kejayaan  di dunia  dan akhirat
4. Mohon perlindungan dari Allah dari hawa nafsu yang 'liar' dan  bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan..

Hakikat awalnya  hati kita bersih sejak dilahirkan. Apabila membesar, pelbagai jenis ragam contoh yang  tidak Islamik  mewarnai kehidupan kita hingga melahirkan pelbagai penyakit hati seperti  perasaan hasad, dengki, ujub, sumaah dan riyak. Semua ini  adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati semua manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani agar kita mendidik hatimasing-masing  sentiasa bersangka baik sesama insan.

"Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

No comments:

Post a Comment