Telah lama laman ini tidak berusik. Mohon jutaan ampun dan maaf semoga selepas ini kami akan sentiasa update dengan bahan-bahan didikan yang bermanfaat.
Zaman yang serba laju ini kita sering terperangkap dengan 'trial and error' hingga terbazir masa kita mendidik anak-anak dengan pelbagai cara tetapi hasil atau natijahnya amat menduka citakan.
Jika kita inginkan natijah yang membahagiakan ikut saja modul dan model yang telah sedia ada dengan penuh yakin iaitu mencontohi 100% apa yang Rasulullah laksanakan dalam mendidik anak-anak baginda bahkan anak-anak para sahabatnya. Baginda mendidik dengan hati yang tulus ikhlas tanpa harapkan sebarang ganjaran dunia. Keredhaan Allah sahaja yang menjadi matlamat utamanya.
Mendidik dengan hati adalah mendidik dengan kelembutan dan penuh kasih sayang, yang mana dua hal ini adalah bersumber dari hati. Salah satu cara pengajaran ini adalah dengan memberikan lebih banyak cinta terhadap kerjaya sebagai pendidik juga kepada anak didiknya. Perlu sentiasa sedar bahawa mereka adalah anugerah mulia yang harus dididk dari tidak tahu menjadi tahu, dididik dari kurang soleh menjadi soleh.
Kanak-kanak perlu sentiasa ditingkatkan 'self esteem'nya dengan inspirasi, motivasi, dorongan, galakan dan pujian. Bila demikian, tidak ada bahasa hati yang mereka terima agar mereka mengerti apa yang guru inginkan. Mengajar dan mendidik dengan cinta akan melahirkan generasi yang membesar dengan sifat positif, seperti kepercayaan diri yang tinggi, berani, bertanggung jawab, dan tidak mudah patah semangat.
Mendidik dengan hati bukan hanya menyampaikan ilmu kepada murid sedangkan hati pendidik mati rasa, tetapi mampu menawan hati anak-anak dengan perkataan yang berkualiti menyentuh hati mereka. Teknik ini dapat menghujam ke dalam jiwa, mengakar ke dalam dada, memberikan pengaruh ke dalam ibadah, membangun akhlak mulia sehingga membentuk generasi harapan bangsa dan agama.
Merujuk artikel dari web Dakwatuna, saya terkesan membaca 'Mendidik Dengan Hati, Royalti Menanti'
Menurut penulis, guru teladan dari Ohio, Akmeli Stanelle mengatakan “orang akan selalu melupakan apa yang kita lakukan. Mereka juga akan selalu melupakan apa yang kita katakan. Tetapi mereka tidak akan pernah melupakan apa yang mereka rasakan kerana kita. Artinya guru yang menyampaikan dengan hati akan jatuh ke hati para muridnya.
Profesor Moh. Surya menyatakan bahawa ada empat level guru yang kita kenal di dalam dunia pendidikan kita. Tiap level memiliki kapasiti dan kualiti yang berbeza, keempat level itu adalah:
1. Guru Aktual, ~ guru yang datang ke sekolah, ikut skima, terima gaji setiap bulan, tapi batinnya belum tentu menjadi guru. Ia melaksanakan tugasnya semata-mata kerana tuntutan formal guru.
2.Guru Harmonis, ~ guru yang biasa mengajar dengan baik, tekun, rajin, bagus, tapi batinnya tidak ingin menjadi guru, dan selalu cari kesempatan untuk keluar dari guru. Ia tampil sebagai guru dengan kemampuan memanipulasi keadaan dirinya untuk tampil sebagai guru yang baik. Dan dengan demikian ia nampak harmonis sebagai guru, meskipun tidak seluruhnya bersumber dari kedudukan peribadi yang dituntut sebagai guru. Kadang-kadang ada konflik antara peribadinya dengan tuntutan sebagai guru, namun dapat dimanipulasi sedemikian rupa sehingga nampak harmonis.
3.Guru Karakter, ~ guru yang tampil penuh dengan karakternya. Kewibawaan guru yang mewujud berasaskan karakter yang melekat dalam dirinya sebagai bahagian dari keseluruhan keperibadiannya yang telah terbentuk sejak kecil dan bukan terbentuk kerana pelatihan perguruan. Dengan demikian penampilan kinerjanya sebagai guru sesuai, serasi, selaras, dan seimbang dengan karakter yang melekat dalam dirinya. Penampilannya sebagai guru sekaligus menampilkan kualiti karakternya.
4.Guru Qalbu ~ guru yang benar-benar jadi puncak, guru dengan level tertinggi. Guru yang penampilannya berasas kualiti qalbu atau hatinya, secara tulus ikhlas menjadi guru adalah bahagian dari kebajikan yang tertanam dalam qalbunya.
Guru level keempat adalah guru yang selalu berkomunikasi dengan hati, Mendidik dengan hati artinya seorang pendidik dalam menyampaikan ilmu harus memiliki keilkhlasan dan kecintaan serta mengkedepankan sikap bersahabat, menyenangkan, empati, konsistensi terhadap komitmen, membangun team work, ramah, santun dan sabar. Inilah yang ibu perlu belajar dan bertatih lagi..hu hu hu...
Mendidik dengan hati bukan hanya siap mengajarkan kepada anak, namun juga siap mendengar secara reflektif apa pun yang diucapkan anak. Memahami dan menghargai perasaannya serta menampakan bahawa kita benar-benar menyimak apa yang dikatakan, ulangi apa yang dia ucapkan, dan ekspresikan bahawa kita sedang memikirkan perasaannya, berikan respon positif, berikan umpan balik dengan nasihat atau usulan yang membangun jiwanya.
Kegiatan dan hasil pembelajaran di sekolah akan jauh berbeza antara pengajaran kognitif dan mendidik dengan hati. Pengajaran kognitif memberi kesan kepada sulitnya pelajaran diserap oleh murid. Seringkali kita melihat bahawa murid yang membenci guru matematik akan membenci pelajaran matematik. Murid yang membenci guru sains akan membenci pelajaran sains...etc
Mendidik dengan hati memberikan suatu keyakinan kepada setiap murid, bahawa mereka mampu berprestasi, kreatif dan inovatif dan cuba melakukan yang terbaik. Kekuatan pancaran hati dari pendidik kepada murid berpengaruh terhadap utuhnya kesuksesan pendidikan. Dengan demikian pembelajaran yang bermakna, bukan melulu guru mengajari ilmu dan fakta (transfer ilmu semata) melainkan kerja hati yang merupakan kekayaan yang Allah berikan. Bahasa hati melebihi bahasa tubuh.
Kejayaann mendidik bukan semata-mata dari betapa kerasnya otot dan betapa tajamnya otak, namun juga betapa lembut hati pendidik dalam berhubungan dengan muridnya.kita sangat sepakat apa yang dikatakan oleh Dorothy Law Nolte tentang Filosofi mendidik iaitu
“Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan, ia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar berlaku adil.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menentukan cinta dalam kehidupan”
Guru yang mendidik dengan hati targetnya tidak saja anak didiknya sukses di dunia tetapi jauh dari itu, iaitu “Never Ending Succes” artinya tidak saja targetnya anak-anak sukses di dunia saja, tapi sukses dunia dan akhirat. Kita harus benar-benar menggunakan hati kita untuk mengerti dan mengenal anak didik, untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam hati dan fikiran mereka dan bagaimana menyelaminya dan berusaha untuk berempati dan mencari solusinya.
![]() |
Hasil asuhan dan didikan penuh kasih sayang |
Didiklah dengan hati agar hidup lebih bererti....Guru yang mendidik dengan hati akan selalu mendapatkan royalti 'pahala' yang mengalir secara terus-menerus tanpa henti dari semua kebaikan yang sudah diberikannya sampai ke akhirat nanti...
No comments:
Post a Comment