Dalam setiap insan, Allah kurniakan hati sebagai Raja dalam kerajaan badan masing-masing. Anak-anak di bawah 6 tahun sering disebut sebagai 'buah hati' atau 'jantung hati' wajar dilayan bagai 'raja' kerana hatinya masih bersih dan lembut.. Ini membuktikan kedudukan 'hati' amat penting dan lebih penting dari akal dan tubuh badan... Sebenarnya ransangan hati yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ (kecerdasan akal) dan EQ (kecerdasan emosi) anak. Sentuhan kecerdasan hati hanya wujud di sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan al-Qur'an dan hadis ke atas murabbi dan murabbiyahnya.
![]() |
| Sibghah (Acuan) Allah yang terbaik |
Sejak umur dua bulan, anak-anak perlu dikenalkan dengan nama Allah, Rahman dan Rahim-NYA. Tokoh-tokoh Islam khususnya peribadi Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda, para tibeen, salafus soleh dan pejuang-pejuang Islam menjadi role model anak-anak.. Bukan tokoh-tokoh Barat yng tidak beriman kepada Allah. Namun hikmah boleh kita ambil dari pakar pendidikan mereka..
Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:
“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”
Maksudnya :
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun”.
Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.
Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
'Educational at early age is like engraving on a rock, it stays forever'
Maksudnya "Menuntut ilmu sewaktu kecil seperti mengukir di atas batu, ia akan kekal selamanya" ~ Hasan al-Basri

No comments:
Post a Comment