Kami Pasti Merinduimu Ramadhan






Dalam keceriaan menyambut 1 Syawal, pelbagai aktiviti yang ibu bapa lakukan untuk mengembirakan anak-anak khususnya. membelikan mereka baju baru, kasut baru, menyediakan hadiah berupa duit dalam sampul raya 'ang paw', kuih muih dan juadah berupa ketupat dan rendang..

Ibu bapa dikasihi sekelian, dalam kegembiraan kita menyediakan keperluan fizikal  ahli keluarga,  kita  tidak boleh lupakan penderitaan kanak-kanak di Gaza, di Syuria dan di Mesir. Kegembiraan mereka  hanyalah apabila  dapat melaungkan takbir, Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu Akbar Walillah il hamd.. Dalam dakapan ukhuwwah dan doa berlinangan air mata mereka tiada pakaian baru, tiada juadah istimewa menyambut hari raya. Bahkan mereka lebih bahagia  sekiranya Ramadhan sentiasa bersama mereka sepanjang tahun..

Ceritakan kepada  anak-anak betapa bersihnya jiwa kanak-kanak di Gaza, di Mesir dan di Syuria. mereka  dididik  hanya memiliki Allah..Kebahagiaan mereka  sebenarnya hanyalah mengharapkan redha  Allah berikan mereka  ganjaran di Syurga..kebahagiaan mereka sepanjang tahun  bersama al-Qur'an, kebahagiaan mereka setiap saat dan ketika hanya berbekalkan keimanan dan kesabaran.. dunia  ini hanyalah tempat persinggahan..ajar anak kita letak dunia di tangan dan akhirat di hati dan  Allah dalam kalbu mereka.


Selamat menyambut  hari Raya Eid  Fitri, dengan harapan agar  kebersihan jiwa  sepanjang Ramadhan akan dibawa sepanjang sebelas bulan akan datang  hingga Allah pertemukan kita kembali ke bulan Ramadhan 1435 Hijrah. In Sha Allah. Taqqaballahu minna  wamin kum .Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.
Wassalam
Teacher Ibu & Warga Smartop Integrated Preschool

No comments:

Post a Comment