 |
| Semoga tautan Ukhuwwah akan berkekalan |
Terlalu padat dengan program Permata Negara, Teacher Ibu memohon jutaan ampun dan maaf kerana tertangguh peluang untuk merakam setinggi penghargaan kepada Kelab C-LAT di atas kesudian mengunjungi dan mengembirakan anak-anak yatim dan keluarga mereka.
 |
| Majlis Silaturahim Kelab C-LAT, SmarTop & Anak Yatim |
Pada hari Sabtu, 1 Januari 2014, sungguh meriah suasana dewan sekolah dikunjungi lebih 22 keluarga Kelab Kereta C-LAT dari Kulai, singgah di SmarTop dalam perjalanan mengadakan Hari Keluarga di Tanjung Bidara Melaka..
Pihak sekolah juga turut menerima sumbangan, semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah alat bantu mengajar yang canggih, kreatif dan inovatif untuk meransang kreativiti anak-anak yang berada di taska dan tadika SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School. Selama mana anak-anak dapat manfaatkan alat bantu mengajar itu, selama itulah umur Iman penyumbangnya dapat mengalirkan pahala hingga akhirat.
 |
| Ustaz Ikram membaca ayat Quran dan doa |
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih daun keladi, murah rezeki, sumbanglah lagi. Semoga silaturahim akan disemarakkan lagi dengan pertemuan demi pertemuan kerana mencari keredhaan Allah semata-mata..
 |
| Penaung Kelab C-LAT memeriahkan suasana |
Terima kasih juga kepada Tn Hj Hairuddin di atas sumbangan Nasi Arab 120 pek dan Tn Hj Rosli di atas sumbangan 20 ekorayam Padang.. Fastabiqul khairat... berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan. Alhamdulillah budaya infak semakin semarak, moga meningkatkan kualiti iman dan ukhuwwah demi masa depan ummah yan gemilang..Insha Allah.
No comments:
Post a Comment