Antara Permata Negara dengan Permata Syurga

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana  dengan izin-NYA,  teacher ibu dan teacher Sham  berpeluang mengikuti  program  Didikan Awal Kanak-Kanak  Permata Negara anjuran  Jabatan Kebajikan  Masyarakat  dengan  Program Permata Negara  melalui  syarikat Elit Management..
Bayarannya  RM400 seorang. Nilai sebenarnya RM900, di mana RM500 dibayar oleh kerajaan melalui  JKM.
Buku atau Modul setebal lebih 600 halaman bernilai RM100.

Teacher  ibu mengimbas halaman demi halaman modul tersebut..terselit rasa kecewa di mana tokoh-tokoh yang  membuat modul tersebut dikenal pasti semuanya memiliki Phd dalam kepakaran pendidikan awal kanak-kanak..semuanya beragama  Islam..tetapi sayang sekali mereka  lebih mendaulatkan  sistem pendidikan barat..mereka lebih mengagungkan  tokoh-tokoh pendidikan yang tidak mahu bersyahadah kepada  kalimah taiyyibbah..Ada lagu  teori Permata..semuanya  mengagungkan tokoh barat..
Bagaimana  kami nak sesuaikan pengisian program ini  dengan visi SmarTop  iaitu membina peradaban dan rumah kita di syurga?
Didikan Awal Ingin  melahirkan Permata Syurga

Terselit rasa hampa..namun teruskan juga  ikuti program  ini  dengan azam untuk wujudkan team membuat modul Permata Syurga..

Jika alasan pelbagai kaum yang  ikuti  program Permata ini.. itu bukan alasan  untuk kita menafikan keindahan  dan keberkesanan didikan Islam..Allah izin kebetulan teacher ibu berulang ke Tangkak ke tempat program itu bersama  salah seorang  pengasuh Taska India bernama  Priya, majikannya  Cina. 
Teacher  Ibu bertanya Priya.."dalam agama Hindu, ada tak ajar  tentang  syurga  dan neraka, dosa dan pahala?"
Priya  jawab "ada.."
Murobiyah  belajar bahasa  Mandarin dari Teacher An

Sayang sekali program semahal ini, mengambil tempoh masa yang agak lama tetapi tidak ada sedikitpun pengisian tentang  syurga dan neraka, pahala dan dosa..Bagaimana mungkin akan lahir  manusia yang akan mengenal tuhannya?..Ada hikmahnya  ibu terpilih ikuti program ini menggantikan  staff Taska  yang tidak sihat  buat  masa ini. Teacher ibu  mohon kekuatan  dari Allah SWT agar temukan ibu team work yang boleh bantu siapkan  Modul Permata Syurga.. Setakat ini  sudah ada teacher  Sham..Alangkah bagusnya  kalau  Allah kurniakan Priya   hidayah. Baru dua  hari kenal Priya, teacher ibu dapat rasakan Priya  memiliki  basic moral yang baik. Ya Allah kurniakan  Priya dan semua peserta  program ini hidayah-MU agar mereka dapat membezakan  antara  hak dan batil, antara Islam dengan Jahiliyah..
Kenalkan syurga di awal usia ..menjadikan mereka berperibadi hebat!



Seseorang mualaf, lakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan, memang lumrah. Sebaliknya para Muslim mukmin jika hanya mengenal Islam tetapi tidak mengenal jahiliyah, amat membimbangkan jika  mereka berbuat amal jahiliyah tetapi menganggapnya sebagai amal Islam. Ini juga peringatan Saidina Umar R.A, bahawa mengenal jahiliyah ini penting supaya kita tidak tertipu."Islam itu akan terurai satu persatu  jika kita tidak kenal jahiliyah"

Tetapi kebenaran ini ada tanda dan sifat yang dijelmakannya. Apabila kita membaca ayat Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 138:

“(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah Kami beribadat".
Kenalkan  'Allah is my Rabb"~ baru anak-anak akan kenal dirinya


Kita akan faham dan rasa sesungguhnya kebenaran ini dijelmakan dalam  aspek hati, aka,l jasad  dan membentuk akhlak dan peribadi unggul yang diredhai Allah.

Celupan Allah SWT pada hati manusia melahirkan iktiqad atau pegangan yang kuat dan mantap. Ia pula menatijahkan niat yang lurus dan tulus di dalam beramal semata-mata untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Celupan Allah SWT pada aqal manusia melahirkan tasawwur (pandangan/fikrah) hidup yang benar dan tepat dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-NYA. Ia juga membawa kepada kejelasan manhaj atau  prinsip di dalam kehidupan yang akan dilalui.

Celupan Allah SWT pada jasad melahirkan manusia yang sentiasa beramal dan memanfaatkan anggota badan untuk ketaatan kepada Allah SWT. Hati dan Aqal/ minda yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan RasulNYA akan memastikan jasad melaksanakan semua tuntutan tersebut. Kebenaran yang mewarnai hati, aqal dan jasad melahirkan  emosi yang stabil. kestabilan emosi ini membina  akhlak terpuji.. mudah memaafkan, sentiasa bersyukur, tidak mudah marah, berlapang dada dan sentiasa  bertaubat..
Doa merupakan 'plan'  dan peta hidup anak-anak


Dalam senario kini, pelbagai isme-isme selain Islam sedang giat untuk menambahkan penganutnya. Sekiranya seruan ini berasaskan seruan agama(selain Islam), mungkin tidak ramai yang akan terpengaruh kerana adalah jelas kesesatan isme tersebut. 

Yang menjadi kerisauan adalah apabila seruan isme-isme jahiliyah ini bertopeng kepada seruan berbentuk keadilan sosial, keamanan sejagat dan juga kesaksamaan di dalam hak seorang manusia. Tidak dizahirkan sebarang bentuk unsur keagamaan atau ketuhanan. Antara contoh seruan isme jahiliyah ini adalah seruan “Save the World, Be a Vegan”. Apabila kita singgah di beberapa kota seperti Bali, Amsterdam, Paris, risalah dan poster menyeru isme ini boleh dijumpai. Malah di Malaysia sendiri pun boleh dijumpai risalah yang serupa.

Jadi, apa salahnya “Save the World, Be a Vegan”? Tidak ada apa-apa yang salah untuk seseorang memilih untuk tidak memakan selain sayuran. Tetapi yang salah adalah apabila ia beriktiqad bahawa adalah satu kesalahan, malah satu kezaliman untuk memakan daging. Ini kerana makanan berdaging dihalalkan oleh Allah SWT. Tidak boleh kita mengharamkannya, sebagai gesaan umum. Kecualilah jika ada daging tertentu yang memudaratkan manusia. Ini kes yang  unik. 
Datin Nor'ini bersama  keluarga Pak Mario, tetamu dari Jakarta

Teacher ibu sengaja mengambil contoh ini untuk berkongsi bahawa isme jahiliyah ini tanpa kita sedar amat tersirat. Jika kita tidak berhati-hati, bimbang banyak lagi isme jahiliyah yang telah kita anuti. Sebenarnya apa lagi yang tidak cukup dan sempurna dengan Islam. Janganlah kita menjadi seperti Bani Israel, diberi Allah SWT makanan syurga di dalam bentuk manna dan salwa, tapi masih meminta makanan dunia yang rendah nilainya.

Kesimpulannya, mengenal kebenaran ini penting kerana ini akan memastikan kehidupan ini tidak jadi fatamorgana..berjalan sia-sia dan sifar atau kosong nilai. Kehidupan menjadi bererti apabila ia berjalan di atas landasan kebenaran hakiki yang diwahyukan Allah SWT melalui jalan Nabi Muhammad SAW. 
Tetapi di dalam konteks kehidupan moden hari ini, kita mestilah memastikan kita juga mengenal jahiliyah dan  semua networknya. Seolah-olah  apabila berjalan menuju ke masjid, kita jelas dengan  jalan yang perlu dilalui. Sentiasa berhati-hati mengelak onak duri, najis, lubang-lubang dan lopak-lopak yang wujud di sana sini. Awasi juga lorong-lorong kecil  dan tarikan dunia di kiri-kanan yang menggamit kita untuk singgah sebentar dan menggoda kita untuk mengikutinya.

Ya, marilah kita berdoa semoga Allah SWT menjadikan kita  dan generasi pewaris kita  kenal kebenaran dan juga kenal jahiliyah yang ada. "Ya Allah kurniai kami HIKMAH dan  kenalkan kepada kami  yang hak itu hak, yang batil itu batil..yang hak akhirnya akan menghancurkan yang batil"

Usaha ini mesti dimulakan, jangan sekadar berdoa dan berangan-angan sahaja.

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada semua manusia untuk menuju pintu-MU.
Ini adalah permohonanku selama-lamanya dan urusan itu terserah sepenuhnya kepada-MU..Ya Allah terimalah ketaatan dan kepatuhan ini sebagai amalan yang ikhlas di sisi-MU". Amin

Teacher  Ibu
15 Rabiul Awal 1435 H
2.59 pagi

No comments:

Post a Comment