Nyalakan Lampu Dalam Minda Anak Anda

Apabila pen atau pensil disentuhkan ke kertas, seolah-olah kita telah buka suis  dan nyalakan lampu dalam minda kita.. Begitulah kata-kata motivasi yang teacher Ibu dapat ketika membaca  sebuah buku Motivasi dari Barat lebih 25 tahun lalu. Hingga sekarang  minat teacher ibu  adalah menulis tanpa henti agar  curahan idea semakin mengaktifkan urat saraf yang  banyak 'tidur'  atau  'mati' disebabkan oleh faktor umur..

Apabila melihat lampu berbentuk otak hasil kreativiti Maria dan Igor Soloyov, teacher ibu  amat berharap  semua pendidik dan para  ibu bapa juga memiliki kreativiti  bagaimana   caranya  kita harus lakukan untuk membuka suis lampu dalam minda sendiri agar mampu turut membuka  suiz  dalam minda anak-anak..
Lampu kreatif  berbentuk  otak  direka oleh designer berbakat Maria dan Igor Soloyov.
 Bukan saja  cantik dan unik,  malahan ianya cekap tenaga. Diberi nama Insight,
 - See more at: http://www.kfeinblog.com/2013/07/lampu-bentuk-otak-manusia.html#sthash.p9SJD80M.dpuf

Selepas mengikuti  hari ke-6 kursus Permata Negara Sabtu semalam, penceramah berpesan jika nak aktifkan minda anak-anak, sebelum 3 tahun adalah waktu yang paling berkesan. "Beri dia crayon besar. Biar dia pegang  crayon dan conteng ikut suka hatinya. lepas tu tanya apa yang dia conteng. "Ni apa sayang". Semua lakaran  anak atas  kertas  ada makna yang tersendiri. Para ibu atau guru boleh berkomunikasi  dengan anak-anak walaupun belum boleh bercakap hanya dengan hasil contengan tersebut. Puji dia dan paparkan hasil contengan setiap hari kepada orang lain..Membina 'self esteem' anak-anak  agar semakin positif.

Anak-anak kita semua  dilahirkan  untuk menjadi pemimpin di masa  akan datang..Sebab itu misi  SmarTop Pre School  adalah 'Born to Lead'

Teacher  ibu rasa tersentuh, Allah beri 'hadiah'  ketika  dapat berita  dari anak menantu ibu. Mereka menceritakan  cucu  teacher  ibu  bernama Musthofa Mishary suka pegang pen dan tak mahu lepas pen itu  walaupun waktu mandi dan waktu tidur..
Terharu rasanya..mungkin sudah terpendam bakat  atau sesuatu yang ingin diluahkan  di atas kertas..Teacher  ibu berazam  untuk belikannya crayon  besar dan drawing  blok @ paper agar  dapat  conteng  sepuas hatinya.. 
Tok ibu  doakan   mudah-mudahan Mishary  akan jadi penulis  seperti Anis Matta, Dr Aidh al-Qarni dan ramai lagi ulamak terbilang yang hasil tulisannya  banyak menjadi rujukan Muslim  sedunia..

Bila  bertemu  cucu semalam, Alhamdulillah memang  benar, pantang  nampak pen, akan dipegang erat dan tak mahu dilepaskan. Melihat keadaan  itu  rasa  tak sabar-sabar  mencari  crayon dan drawing block  untuknya.

Satu lagi minatnya  adalah berusaha  untuk berjalan macam orang  dewasa walaupun tidak melalui proses merangkak. Teacher  ibu bertanya  pakar dalam ceramahnya.. Menurutnya "memang ada  bayi yang advance dari menyelar  nak terus berjalan..tetapi  amat jarang sekali. Biar dia berjalan dulu..
Umi Mishary  juga bertanya pakar . Menurutnya " nanti kita buat permainan merangkak  bersamanya, reverse balik  proses  merangkak  yang belum dilaluinya"
Semua proses  didikan kena ikut prosedur  yang betul..

Pesanan  Teacher ibu  kepada  semua teacher  SmarTop  agar  beri tugasan  yang menceriakan  anak-anak  semasa  cuti sekolah  nanti (sempena  Tahun Baru Cina) bermula  pada  30 Januari hingga 8 Febuari. Bagi anak-anak Taska, mohon  teacher Atika dan Afidda  berbincang,  minta  ibu bapa  belikan crayon besar  dan drawing blok.. Beri peluang  anak-anak conteng sesuka hatinya sehari sehelai kertas.  Lihat warna  apa dan bentuk apa yang paling banyak dibuatnya. Nanti  9 hb teacher  ibu, teacher Mbah dan teacher  Ummi dan tengok dan berkomunikasi  dengan anak-anak Taska..

Bagi anak-anak Tadika, Mohon kreativiti  teacher Sham dan teacher Muz, bagaimana  nak galakkan ibu bapa bimbing  anak-anak  menulis  namanya  sendiri  sebanyak mungkin.. Cantik tulisan tidak termasuk  dalam penilaian..yang penting  berusaha mencuba.. tulisan macam cacingpun tak apa, asalkan ada dan minat mencuba.. Suka hatinya  nak tulis  besar  atau kecil, asalkan dia happy  dan ceria  sepanjang  aktiviti menulis.. Jangan paksa anak  waktu  dia tidak ada mood  nak menulis..beri makan secukupnya, tidur  senyenyaknya dan main sepuasnya.. Menulis  sambil bermain juga  meransang emosinya untuk menulis..
Anak-anak  paling banyak  menulis akan dapat hadiah  istimewa dari  kami ALP yang kini bertugas di Pulau Langkawi..

Selamat  berusaha  para  Murobiyyah dikasihi  sekelian..
Semoga  Allah permudahkan segala urusan kalian dan mudah-mudahan segala  aktiviti  mulia  itu diberkati Allah ke arah  membina  peradaban dan rumah kita  semua di syurga..

Salam rindu  dan cinta daripada
Teacher  Ibu
Pulau Langkawi
27 Januari 2014

No comments:

Post a Comment