Fahami Hati Anakmu

Kebanyakan ibu bapa akibat terlalu  fokus  mencari nafkah menjual dan menjaja perkataan "sibuk" atau 'busy' sepanjang masa..Masa santai dan waktu rehatpun   disibuk-sibukkan tentang hal dunia hingga terlupa  amanah Allah yang perlu dijaga..Hak Allah  yang perlu dijaga..Amanah dan Hak itu diabaikan kerana  lebih mendepankan  'masalah' dan dimanakah Allah di hati kalian ketika  terlalu amat sibuk?

Sedarkah kalian bahawa  hati anak-anakmu dahagakan kasih sayangmu?
Sedarkah kalian  bahawa  hati anak-anakmu terguris melihat kesibukanmu?
Jangan sampai  hati anakmu hancur berkecai  bagai kaca-kaca yang terhempas
Ketika itu sudah terlambat...
kembalilah ke pangkal jalan letakkan Allah  di hadapan menangani kehidupanmu
Letakkan  masalah  di belakang mohon Allah uruskan sebaik-baiknya
Fokuslah kepada menatang  hati anak-anakmu  bagai  menatang  minyak yang penuh
Selagi  belum baligh, anak-anakmu  adalah ahli syurga...
Sewajarnya  mereka  perlu berada  bersama  'ahli-ahli syurga' (ibu bapa dan guru yang fahami dan menghayati Islam sepenuhnya di dalam kehidupan)
Di taman-taman  syurga ( suasana rumah yang Islamik, sekolah Islamik terpilih dan majlis-majlis ilmu Islam).. Baharulah  mereka akan kekal sebagai ahli syurga di dunia dan akhirat..

Kegagalan kalian merubah suasana  sibuk menjadi ketenangan  akan membawa anak-anakmu menderita kerana  mereka tidak diberikan hak yang sepatutnya..Renungilah dengan teliti firman Allah dalam surah At-Tahrim:6
66:6
Sahih International
O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Rujuk  tafsir  yang memimpin kalian memahami  kehendak Allah dalam diri dan keluarga
http://harmoniinn.blogspot.com/2012/07/bismillahirrahmanirrahim-assalamualaikum.html

http://www.englishtafsir.com/quran/66/index.html


No comments:

Post a Comment