Berbahagialah Anak-Anak Membesar Menjadi 'Raja Yang Baik'

Mutakhir ini sering kita dengar  di sana  sini ibu bapa mengalami 'stress' bukan sahaja kerana kerjaya tetapi lebih stress  apabila  anak-anak 'tidak ikut kata'..pendek kata  "kenapalah anak aku degil?". Wal hal anak-anak belum lagi mencecah umur  mumayiz tetapi sudah mula  menunjukkan respon 'membantah' atau melawan. Jika tidak ditangani segera, stress  ini akan berterusan  hinggalah anak-anak masuk Tadika, masuk Sekolah Rendah & Menengah, ke IPT, bekerja  dan seterusnya  berumah tangga. Stress ini berterusan jika  ibu bapa mengiringi proses  pembesaran  anak-anak  dengan sungutan demi sungutan yang tidak berakhir.
Wazir (Penasihat Raja) akan bermanfaat  jika  HATI  sentiasa  dibersihkan


Inilah contoh  benih-benih stress  yang sering  ibu bapa 'rahsia'kan dalam dirinya. Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru nak share  masalah  dengan mereka  yang lebih berpengalaman  dan  ada  sedikit  kepakaran yang Allah SWT  anugerahkan.

Dalam proses  membesarkan  anak-anak yang penting  adalah keredhaan Allah sentiasa  mengiringi  kehidupan  kita. Tanpa  redha Allah, banyak masalah  mendatang dan mendatang menguji hati kita hingga  hati  kita  benar-benar tunduk dan patuh kepada-NYA  hinggalah  kita akur "Ya betul sebenarnya hanya Allah sahaja yang  boleh membetulkan kehidupanku dan anak-anakku,,aku hanyalah seorang hamba yang serba kekurangan,,tanpa pertolongan Allah  aku tidak akan berjaya....." 

Adalah lebih baik  kita sediakan langkah-langkah  pencegahan dari awal dengan pemikiran  yang positif..Sentiasa  bersedia  melakukan  yang terbaik demi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Ibu bapa dan guru yang positif  akan sentiasa memikirkan masa hadapan generasi pewarisnya  agar menjadi  hamba Allah  yang  bersih jiwanya, bersih pemikirannya  dan sentiasa  patuh dan taat kepada  perintah Allah, rasa bahagia  mengikut jejak Rasulullah SAW dan para sahabat, sentiasa  hormati dan sayangi  ibu bapa dan guru-guru di sekolah dan mereka  membesar menjadi  orang yang sentiasa  bermanfaat kepada  keluarga, masyarakat dan agama serta negara.


Langkah-langkah  yang perlu untuk positifkan pemikiran kita adalah seperti berikut;

Memahami  terlebih  dahulu  bahawa  dalam diri kita ada sebuah kerajaan yang digelar 'Kerajaan Badan"

    a. Raja   =  Hati  kita (Raja  yang  baik bila hati  bersih, sebaliknya  Raja  jadi jahat  bila hati        
        kotor). Dari hatilah  lahirnya  niat  ikhlas atau  tidak  ikhlas. Hati  yang bersih  akan  ikhlas  membuat sesuatu  niat kerana  Allah. Hati  yang kotor, akan terselit niat  selain Allah  ketika melakukan sesuatu.



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw . 

"Ketahuilah bahawa dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya, jika buruk maka buruklah seluruh jasadnya. ketahuilah itu adalah hati"   (HR Sahih Bukhari)


Jika raja baik baharulah segala anggota badan termasuk pancaindera seperti lidah, telinga, mata akan rasa selamat dan patuh kepada segala perintah raja. Kerajaan badan sentiasa aman.. Ketika aman, baharulah kita boleh bantu amankan kerajaan badan anak-anak kita dan ahli keluarga  kita.

 b. Perdana Menteri atau 'Wazir' sebagai penasihat  Raja. (Akal) yang  berfungsi  akan sentiasa  menerima  masuk input-input  yang bermanfaat  untuk  membahagiakan 'raja'. Akal  sebagai penasihat raja akan  sentiasa  awas  'menutup pintu'  daripada menerima kemasukan  input  yang boleh merosakkan  hati sendiri. 


Contohnya;
i.  melalui penglihatan, akal akan memilih  input yang menyuburkan kesihatan hati  dari  TV  yang baik seperti  dari TV Hijrah. TV 9, TV Oaisis atau melalui  bahan bacaan bermanfaat dari buku motivasi, majalah Solusi , majalah JOM, Haluan dan seumpamanya..

ii. melalui pendengaran , akal  akan sentiasa dapatkan maklumat terkini  dari majlis-majlis ilmu kemahiran  keibu bapaan serta jauhi  segala  gossip atau  budaya mengumpat yang boleh merosakkan hati..

iii. Melalui sentuhan, akal  akan mendapat cukup keyakinan bila tuan punya diri  seronok memeluk dan membelai  ibu bapa, isteri atau suami, anak-anak, adik beradik dan  sahabat karib . Namun  akal akan sentiasa  menutup pintunya  daripada  bersentuhan dengan mereka  yang bukan mahramnya termasuk tunang, teman (bf@gf) kerana  ini merupakan bibit-bibit 'zina' yang boleh mengotorkan hati.

c. Budak  Nakal  (Hawa Nafsu)

Apabila  Raja baik dibantu oleh PM yang baik, maka  budak  nakal dalam kerajaan  badan akan mudah  dibentuk dan dididik  menjadi baik. 

Sebaliknya  jika  Raja  bermasalah mungkin kerana  hati yang  masih  tidak dibersihkan apa tah lagi PM cuai  menjalankan tugasnya  mendapatkan input  yang baik dan hanya membiarkan input-input negatif menguasai diri, maka  masa inilah syaitan melompat-lompat  kesukaan kerana  telah menang  menawan hawa nafsu (budak  nakal)  dalam kerajaan  badan. 
Ketika inilah syaitan  melantik 'budak nakal' sebagai agennya menguasai  kerajaan  badan. Ketika  ini  raja dan PM  ditawan dan tidak  menjalankan fungsinya  sebagai  peneraju kerajaan dalam badan. 
Selalu awasi  perangkap-perangkap syaitan dengan anak-anak perlu  dibimbing selalu  bertaawuz mohon perlindungan Allah dari Syaitan  yang direjam.

d. Rakyat Jelata (seluruh  anggota badan)
Hakikatnya  seluruh  anggota  badan fungsinya  berzikir dan mengabdikan diri kepada Allah. Apabila  mendapat  raja dan PM yang baik, memang ikut  fitrah kaki tangan, mata, telinga, lidah seronok  dan enjoy teruskan rutin harian beribadah kepada Allah. 
Sebaliknya  jika mendapat  raja yang 'sakit' dan PM  yang 'malas', segala anggota badan  terpaksa  ikut  hawa nafsu  melawan  fitrah sucinya..ketika inilah kerajaan badan  bermasalah..

e. Polis (Iman kepada Allah)

Sesebuah  kerajaan  yang aman dan harmoni dikawal oleh  polis yang terlatih. Dalam kerajaan badan juga  ada polis yang boleh  kita latih  iaitu Keimanan kita kepada  Allah SWT  yang dimulai dengan  mengucap  dua kalimah syahadah. Mengikut  kaedah  nabi SAW dari buku  'Prophet Parenting' , kita wajib  mendengarkan  dan mengajar  anak-anak  mengucap  dua kalimah syahadah 7  kali sehari agar kalimah ini menjadi darah daging  dalam kehidupan mereka.

Selalu  ulang-ulang  kalimah  "Allah Bersamaku, Allah Melihatku dan  Allah Menyaksikanku"
Insya Allah  anak-anak akan selamat membesar dengan iringan Redha Allah SWT..
Hendak  seribu daya dan selamat mencuba...


Jagalah Hati

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya ilahi
Bila hati kian bersih, berfikir pun selalu jernih
Semangat hidupkan gigih, prestasi mudah di raih
Tapi bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Aqhlak kian terpuruk, dia jadi mahluk terkutuk
(Kembali ke reff)
Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Tapi bila hati keruh, batin pun selalu gemuruh
Serasa diburu musuh, dengan Allah kian jauh
(Kembali ke reff)
Bila hati kian lapang, hidup susah tetap senang
Walau sulit menghadang, di hadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya jadi rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit
(Kembali ke reff)
Bila hati kian benci, tutur kata penuh caci
Perilaku tak terpuji, bisa jadi mahluk keji
Namun bila penuh sayang, hati pun akan di sayang
Hidup pun terasa lapang, hidup bersamakan senang
(Kembali ke reff)
Bila hati penuh tawadhu’, hidup indah semanis madu
Aqhlak menawan qolbu, berpisah pun selalu dirindu
Tapi bila hati takabur, hatipun selalu bergembur
Merasa sehebat guntur, akhirnya masuk kubur
(Kembali ke reff)
Bila hati penuh dendam, bagai api dalam sengkam
Penuh bara kehancuran, hidup pun jadi mengerikan
Tapi bila memaafkan, batin tentram menyejukkan
Asal lawan jadi kawan, hidup damai kita rasakan
(Kembali ke reff)
Bila hati iri dengki, tak rela orang dapat rezeki
tak pernah mau memuji, hanya bisa mencaci maki
Namun hati yang bersyukur, kebaikan tak pernah kendur
Apalagi kalau kita akur, negri ini akan segera makmur
(Kembali ke reff)
Bila hati bermusuhan, kedamaian hanya impian
Ciwuh saling melumpuhkan, negri ampuh memilukan
Namun bila hati bersatu, kekuatan kan terpadu
Kita bangkit untuk maju, bangun negri yang kita rindu
(Kembali ke reff)
http://ronywijaya.com/jagalah-hati-lagu-aa-gym-mp3-lirik/

No comments:

Post a Comment